Ahli Kumpulan
NOOR SAIDATUL IJA SHAHIRA BT ZULKEFLY (08DPI14F2034)
NUR ATHIRAH BT MOHD YAZID (08DPI14F2043)
IZLYN BT MOHD FARID (08DPI14F2044)
NUR HAZIERAH BT MAT HABEHA (08DPI14F2041)
AHMAD SHAH B MOHAIDEEN (08DPI14F2049)
TAJUK
JABATAN
PENSYARAH
MUQADDIMAH
NOOR SAIDATUL IJA SHAHIRA BT ZULKEFLY (08DPI14F2034)
NUR ATHIRAH BT MOHD YAZID (08DPI14F2043)
IZLYN BT MOHD FARID (08DPI14F2044)
NUR HAZIERAH BT MAT HABEHA (08DPI14F2041)
AHMAD SHAH B MOHAIDEEN (08DPI14F2049)
TAJUK
ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN SERTA KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT PERIBUMI DI SABAH DAN SARAWAK
PROGRAM/SESI
DIPLOMA IN INTERNATIONAL BUSINESS/ DIS 14
JABATAN
JABATAN PERDAGANGAN
PENSYARAH
EN. NASHARUDIN B ZAINAL ABIDIN
MUQADDIMAH
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah
kurnia dari Nya, kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberi
dengan jayanya . Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu
kami dalam mengumpul bahan dan maklumat.Seterusnya, tak lupa juga kepada
pensyarah saya, Encik Nasharudin bin Zainal Abidin yang banyak memberi dorongan
dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat dijalankan dengan sempurna.
Seperti tajuk
tugasan yang telah diberikan iaitu ‘Agama dan kepercayaan serta kebudayaan dan
adat resam masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak’ ,skop penulisan
berkisarkan tentang agama dan kepercayaan yang dianuti oleh pelbagai kaum di
Sabah dan Sarawak serta kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh penduduk
peribumi.
Kewujudan
pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara
yang unik. Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama,
kepercayaan , dan adat resam tersendiri.Kebudayaan pula diiktiraf oleh Kamus Dewan (2005) sebagai keseluruhan
cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta
segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan dan kerohanian
sesuatu masyarakat.Adat resam pula ialah amalam turun-temurun nenek moyang.
Jadi,
terdapat pelbagai kepercayaan dan kebudayaan di Sabah dan Sarawak yang boleh
kita pelajari sebagai rakyat Malaysia. Sekian.
AGAMA
DAN KEPERCAYAAN
SARAWAK
-Lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi.
-Kaum majoriti di Sarawak :
·
Iban (Dayak Laut)
·
Orang Melayu
·
Orang Melanau
IBAN
AGAMA
-Pada era prakolonial, orang Iban tidak mempunyai agama yang
tertentu.
-Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme ,pegangan ini
dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha.
-Sebahagian besar orang Iban beragama Kristian selepas
kedatangan Barat.
Kepercayaan
Dalam
Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis
di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat
'Beliau' dan'Lemambang'. Contohnya :
·
hendak
membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan
rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
·
percaya
pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung
beragai.Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan
alamat untukmenentukan kesesuaian tapak.
-Semua petanda akan
ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan
malapetaka.
-Mimpi merupakan salah satu
sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan
diterjemah oleh Beliau dan Manang.
- Bagi menghidar alamat yang
bolehmendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian'
akan dijalankanmengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.
-Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka.
-Misalnya, upacara ‘miring’
(jampi serapah) tujuan menolak bala.
-Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang
larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka.
·
‘mali abu’ : petani Iban percaya bahawa labu
tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam ladang mereka. Jika labu ditemui
, maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak penemuan perlu dilumur
dengan darah babi atau ayam.
-Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan
menerima bencana atau malapetaka.
-Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi.
·
Sesuatu aktiviti boleh dibatalkan sekiranya
mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya.
-aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.
-Pantang larang oleh ibu mengandung dan suami yang
dipercayai oleh masyarakat kaum iban:
·
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi
atau di mana-mana sahaja.
·
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di
atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa
melahirkan anak.
·
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak
ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir
tidak akan bernanah.
·
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur
menggunakan pisau atau kayu keranadikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
·
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya
si bayi tidak berkepala besar.
·
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di
dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
·
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam
bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan.
MELAYU
AGAMA
-Mereka berpegang kepada
ajaran Islam.
·
Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan
mereka seperti bersatu padu, bertatasusila, bertanggungjawabterhadap kebajikan
seluruh komuniti dan sebagainya.
-Terdapat masjid yang menjadi pusat segala kegiatan
keagamaan , selain bersembahyang.
-Madrasah turut berperanan sebagai pusat kegiatan Islam
selain masjid.
KEPERCAYAAN
-Masyarakat Melayu juga percaya kepada pantang larang
tertentu.
-Antara contohnya :
1.
anak gadis tidak boleh menyanyi di dapur kerana
bimbang akan bersuamikan orang tua.
2.
Wanita mengandung ditegah keluar rumah pada
waktu senja kerana bimbang anak yang dikandung akan hilang diambil
makhluk-makhluk ghaib.
3.
Apabila ingin masuk ke dalam hutan, sama ada
untuk mencari hasil hutan, berburu dan sebagainya. Akan diambil sedikit tanah
dan diletakkan di dahi supaya tidak ‘diganggu’ oleh kuasa jahat atau
binatang-binatang apabila berada di dalam hutan. Petua ini disertakan dengan
memberi salam, selawat ke atas nabi Muhammad dan bacaan alFatihah.
4.
Amalan
meletakkan daun di telinga perlu dilakukan apabila terdapatnya hujan panas.
Menurut golongan ini, apabila daun diletakkan di telinga, dipercayai makhluk
halus tidak akan mengganggu mereka kerana barangsiapa yang meletakkan rumput
ditelinga akan kelihatan seperti semak samun yang menghijau.
5.
terdapat juga keluarga ditegah menanam ciku
kerana akan menyebabkan kematian ahli keluarganya
6.
Tidak digalakkan bangun tidur apabila matahari
sudah meninggi kerana menurut kepercayaan orangtua wanita itu akan cepat tua
dari usianya.
7.
-Pantang larang ini diamalkan bertujuan memelihara
keharmonian kaum dan kampung seluruhnya.
MELANAU
AGAMA
-Pada asalnya mereka merupakan pagan ( tidak mempunyai
pegangan agama)
·
Menurut Kamus Dewan,’pagan’ bermaksud orang yang
tidak percaya pada sebarang agama utama seperti Islam, Kristian, Yahudi dan
sebagainya.
-Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit.
-Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit
membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan
lenguh sendi tangan.
-Tetapi ,ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kemudian
keluarga Brooke, ramai antara mereka beralih kepada agama Islam dan Kristian.
KEPERCAYAAN
-Masyarakat Malanau mempunyai kepercayaan terhadap kuasa
ghaib dan kuasa luar biasa sebelum memeluk Islam.
-Mereka percaya dunia mempunyai 3 lapisan yang terdapat unsur baik dan jahat,iaitu
·
Atas
·
Pertengahan
·
Bawah
-Kuasa-kuasa ghaib yang menjaga ketiga-tiga lapisan ini
tidak boleh diganggu kerana gangguan terhadap mereka boleh menyebabkan
masyarakat Melanau ditimpa penyakit atau kesusahan.
-Makhluk-makhluk halus ini dikenali sebagai ipok ,
amow , tow , dan during.
-Khidmat dukun atau bomoh digunakan sekiranya makhluk halus
marah untuk memujuknya.
-Namun, kepercayaan terhadap kuasa halus kian berkurangan
ekoran pemodenan dan anutan Islam.
SABAH
-Sabah mempunyai lebih dari daripada 32 suku kaum.
-Antara masyarakat yang terbesar ialah masyarakat
Kadazan-Dusun dan Bajau.
KADAZAN-DUSUN
AGAMA
-Mereka memegang kepada kepercayaan anismisme.
-anismisme bermaksud kepercayaan bahawa setiap benda
mempunyai semangat (roh).
-sebahagian kecil dari mereka telah memeluk agama Islam dan
Kristian.
-Di kawasan pendalaman , ramai lagi yang masih pagan.
-Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah
"Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain.
-Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan
merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan
perlindungan dari sebarang penyakit
-Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib
seperti "Roogon" atau syaitan.
-Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati
akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke
syurga atau neraka.
KEPERCAYAAN
-Masyarakat kadazan-dusun percaya bahawa kepda pantang
larang dan tafsiran mimpi.
-mimpi yang buruk boleh mempengaruhi sebarang keputusan
dalam kehidupan mereka.
-mereka juga mempunyai upacara
keamatan iaitu setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan
upacara "Magavau" .
·
upacara kesyukuran bagi menghormati semangat
padi.
-upacara ini dilakukan oleh
Bobohizan(bomoh perempuan).
-mereka juga mempunyai upacara
halau penyakit yang dipanggil ‘popodulik’.
-selain itu , jika belakunya
kematian pada hari hujan mereka berpendapat bahawa si mati akan menangis di
alam lain dan jika belakunya kematian pada hari panas mereka berpendapat
sebaliknya.
BAJAU
AGAMA
-Pada tahun 1950-an menunjukkan hampir 75% masyarakat Bajau
memeluk Islam lantaran peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei.
-Hampir semua di kalangan mereka beragama islam.
-mereka mengamalkan upacara agama seperti, berkhatan , akad
nikah, khatam al-Quran, dan lain-lain.
KEPERCAYAAN
-Mereka juga percaya kepada jin, iaitu sejenis makhluk yang
dianggap mempunyai kuasa luar biasa.
-selain itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’ iaitu
malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan.
-biarpun begitu, kepercayaan begini semakin pupus.
KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM
SARAWAK
-Bagi masyarakat Iban, terdapat sejenis budaya yang popular
dipanggil perburuan kepala (head hunting)
·
seorang lelaki akan memburu kepala untuk
ditunjukkan kepada keluarga bakal mertuanya ataupun sebagai lambing
kepahlawanan mereka.
-Kini, amalan ini sudah tidak diamalkan lagi.
-masyarakat Iban mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil
‘utai basai gagamit’ (tidak ada masalah
besar yang tidak boleh diatasi)
-Secara tradisi
pula, masyarakat Iban tinggal di rumah panjang.
·
Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga .
·
Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah
bilik.
·
Setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yang
biasanya keluarga asas.
-rumah panjang suku Kelabit tidak mempunyai bilik untuk
keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dan sebelah
dalam.
-bagi rumah orang Iban, di sebelah belakang bilik ialah
tempat makan dan dapur.
-jika terdapat keramaian , makanan dihidang di
beranda(ruai).
-di sebelah luar bilik juga terdapat ruang yang dipanggil
‘panggan’ iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki.
-di bawah rumah , tempat ternakan binatang seperti ayam dan
babi.
-masyarakat Iban mempunyai upacara-upacara khas dalam adat
kematian.
·
Upacara tersebut melibatkan seluruh ahli
keluarga panjang dan perundingan dengan tuai rumah (ketua rumah).
-Dalam kelahiran pula
, masyarakat Iban memasukkan garam ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan.
-proses ini dinamakan ‘ngetup garam’
-sementara ibunya akan melalui proses ‘bekindu’ ataupun
berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam.
-Dari segi kesenian, masyarakat Sarawak banyak menghasilkan
kraf tangan seperti anyaman , kain selimut, bakul daripada rotan.
-masyarakat Malanau aktif menghasilkan kraf tangan seperti
bakul,tikar,perangkap ikan, tudung saji disamping menghasikan ukiran kayu dan
perahu.
-masyarakat Sarawak terkenal dengan tenunan kain pandaknya
yang dikenali ‘Pua kumbu’
-Jenis-jenis tarian pula ialah:
·
Ngajat
·
Bepencaha
·
Berkuntau
·
Main kerichap
·
Main chekak
-orang Bidayuh mengamalkan tarian ‘Datun Julut’.
·
Tarian ini ditarikan dengan lemah gemalai oleh
pemuda-pemudi dengan iringan muzik.
-kaum Iban terkenal dengan tarian perang yang dikenali
‘ngajat bunuh’.
·
Tarian ini melambangkan unsur kebudayaan mereka
gagah berani menentang sebarang bentuk penjajahan.
SABAH
-Dalam tradisi masyarakat Kadazan-Dusun, mereka mengamalkan
berbagai-bagai kebudayaan dan adat resam.
-Misalnya, apabila berlaku kematian,proses pengebumian melibatkan semua masyarakat .
-Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh
jahat.
-wujud beberapa konsep iaitu :
·
‘mihad’ : menangisi mayat
·
‘memojuk’ : memandikan mayat
·
‘menguman’ : menghias dan mendandan mayat
·
‘lobong’ : kubur
·
‘panukup’ : kenduri
-Bagi kelahiran,proses memberi nama bayi juga melibatkan
perbincangan ahli keluarga dengan jiran.
-adat ‘mituhun’ pula menjejakkan kaki bayi ke tanah.
-Dalam kehidupan masyarakat Bajau, terdapat 4 kategori norma
dan nilai iaitu hubungan lelaki dan
perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.
-masyarakat Kadazan-Dusun juga menghasilkan kraf tangan seperti:
·
Tudung terendak
·
Perangkap binatang daripada buluh
·
Perangkap tikus
·
Perangkap tupai
·
Perangkap burung
KAUM KADAZAN
Terdapat
beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan
masyarakat Kadazan. Antaranya ialah memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.
·
Memberitahu
Apabila salah
seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung
akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli
masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga
si mati.
·
Berjaga-jaga
Selepas dimandikan
dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang
indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup
si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si
mati supaya tidak kempunan.
·
Moginupus
Moginupus adalah
bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara
mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati
terhadap si mati.
PENGEBUMIAN
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan
keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain
yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai
mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan
paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan
menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk
mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang
tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin
dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan
tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada
keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada
keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih
hidup. Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding
papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah
kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain
dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya
mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.
Jenis – Jenis tarian di Sabah
Negeri Sabah yang mempunyai banyak suku kaum atau etnik sudah tentu
mempunyai banyak budaya tradisi bagi suku kaum tersebut, seperti dari segi
tarian tradisional. Jadi di sini aku
kongsilah sikit antara beberapa tarian tradisional etnik di Sabah.
Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan tarian
tradisi rakyat Sabah yang begitu terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia
merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan
pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah
pada setiap bulan Mei. Tarian ini biasanya ditarikan oleh lelaki dan perempuan
dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan
paluan gong. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza
mengikut daerah.
Tarian Magunatip adalah sejenis
tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Penari
magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi
buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu
yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang
menarik.
Tarian Limbai merupakan satu tarian
tradisional suku kaum Bajau, Sabah.
Tarian Limbai biasanya ditarikan
ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin
perempuan.
Tarian Lansaran merupakan tarian
traditional suku kaum Murut. Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan
penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan
manik-manik yang berwarna-warni.
PERKAHWINAN
Dalam melakukan majlis
perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya.
Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini
kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang bak untuk upacara tersebut. Jika ada
yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat
rezeki yang baik. Pada kebiasaannya, mereka akan memilih hari ke-14 atau 15
mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan
rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah.
Bagi kaum Bajau mereka lebih
mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Dalam
perkahwinan Bajau, kebanyakan perkahwinan berlaku antara kaum kerabat
(saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahawa
perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat
mereka.
Perkahwinan Bajau tidak pernah
melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat mereka, namun mereka lebih
cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh) sendiri. Pun begitu,
mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim.
Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap
sumbang dan panas serta akan mendatangkan sial.
Masyarakat Bajau amat teliti
dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka percaya bahawa
perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa, sebaliknya dilaksanakan
dengan tuntutan adat dan agama. Suatu ketika dahulu, majlis perkahwinan Bajau
berlangsung selama satu hari, satu malam.
Sebaliknya pada ketika ini, majlis berlangsung selama 2 hari 1 malam.
RUMUSAN
Secara keseluruhan telah digambarkan bagaimana
setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak
mempunyai identity dan pengelompokan masing-masing. Pada peringkat awal
percampuran antara kaum ini amat sukar untuk berlaku lantaran taburan petempatan
mereka yang berbeza sama sekali. Amalan budaya dan agama mereka juga
berbeza-beza. Fenomena ini menyebabkan hampir tiada perpaduan yang dapat
dikecapi di dalam Negara dalam tempoh penjajahan ini. Namun begitu, selepas
kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai dasar dan program bagi
memastikan perpaduan boleh wujud antara berbilang-bilang kaum ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum
haruslah tahu tentang agama dan kepercayaan serta kebudayaan adab resam kaum
sabah dan Sarawak walaupun berada di Semenanjung Malaysia. Semoga adab resam
dan kebudayaan masyarakat Sabah dan Sarawak dan tidak lupa juga kaum lain
dikekalkan dan diamalkan oleh generasi sekarang.
RUJUKAN
2. MARDIAN,HASNAH.2014.PENGAJIAN MALAYSIA.OXFORD
FAJAR SDN.BHD.
3.ZAID AHMAD.2013.HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.OXFORD FAJAR SDN.BHD.
5.WAN HASHIM WAN TEH.2011.HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA/RACE RELATION IN MALAYSIA
5.WAN HASHIM WAN TEH.2011.HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA/RACE RELATION IN MALAYSIA
6. DARI www.scribd.com : http://www.scribd.com/doc/51104315/PANTANG-LARANG-DAN-KEPERCAYAAN-KAUM-IBAN#scribd
(5HB FEB 2015)
No comments:
Post a Comment